Wednesday, 4 April 2012

PROGRAM 'KARNIVAL PEMBELAJARAN KREATIF'


Program ini telah berlangsung pada 15 Julai 2011 hingga 5 Ogos 2011 bertempat di dewan SMK Tun Habab.  Objektif program ini adalah untuk berkongsi teknik memori dalam mengingati sesuatu fakta. Pelajar akan mempersembahkan hasil kreativiti mereka berdasarkan subjek-subjek yang telah ditentukan. Oleh itu, program ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan cemerlang dalam akademik dan disiplin pelajar.




Salah satu kreativiti pelajar tingkatan 2 Ibnu Khaldun
 bagi subjek Bahasa Arab


Persembahan pelajar menggunakan rajah dan penerangan 
oleh pelajar 2 Al Alusi bagi subjek Sains


Pelajar tingkatan 1 Al Biruni mempersembahkan 
nota kreatif power point bagi subjek Geografi

Nota Geografi Tingkatan 1

Konsep peta minda memudahkan pelajar mengingati sesuatu fakta. Di bawah ini merupakan contoh peta minda bagi subjek Geografi tingkatan 1.


BAB 1: KEDUDUKAN





BAB 2 : ARAH DAN KEDUDUKAN